Cari @ Amanz

Pada tahun 2015, lebih 4000 aplikasi di Apple App Store didapati mengandungi perisian hasad XCodeGhost. Ribuan aplikasi telah dibuang kerana kerentanan menyebabkan data pengguna yang memuat turun aplikasi terjejas boleh dicuri. Selepas hampir enam tahun insiden serius ini berlaku, hanya kini jumlah peranti terjejas didedahkan.

Secara keseluruhan 128 juta pengguna iOS terjejas akibat aplikasi hasad ini. Dari angka ini 55% pengguna dan 66% pemuat turun aplikasi dengan kod hasad XCodeGhost adalah dari China. Ini didedahkan di dalam emel yang dijadikan bahan bukti kes Epic Games melawan Apple yang sedang berlangsung. Adalah difahamkan Apple tidak memberitahu kesemua pelanggan yang terjejas akibat serangan XCodeGhost sehingga sekarang.

Penggodam berjaya memasukkan kod hasad XCodeGhost ke dalam perisian pembangunan aplikasi Apple iaitu XCode. Apa yang berlaku adalah pembangun dari China telah memuat turun perisian dengan kod hasad kerana ia lebih pantas dimuat turun berbanding daripada sumber rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd