Liverpool Menggunakan Kecerdasan Buatan DeepMind Untuk Menganalisa Taktik Pasukan Bola Sepak

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kecerdasan buatan AlphaGo dan AlphaStar yang dibangunkan oleh DeepMind telah berjaya mengalahkan pemain Go dan StarCraft manusia secara konsisten. Kemampuan analitik kecerdasan buatan kini digunakan pula dalam sukan bola sepak menerusi kerjasama Liverpool dan DeepMind.

Data dari setiap permainan Liga Perdana Inggeris Liverpool diserahkan kepada DeepMind untuk dianalisa. Hasilnya ialah boleh memberitahu apakah yang berlaku sekiranya taktik diubah (kerana kecederaan pemain misalnya) dengan set pemain di atas padang. Ia juga boleh meramal kedudukan pemain sekiranya boleh dihantar ke kawasan padang tertentu. Data lain yang boleh diketahui ialah lokasi gol yang dijaringkan penyerang ketika sepakan penalti selepas menganalisa 10,000 gol.

Bola Sepak

Dengan jumlah data yang banyak, adalah hampir mustahil seorang manusia untuk melakukan apa yang mampu dilakukan oleh kecerdasan buatan. Sains data telah digunakan dalam pelbagai sukan untuk meningkatkan prestasi pemain dan pasukan serta memberikan saranan taktik yang paling sesuai digunakan. DeepMind menghubungi Liverpool untuk melakukan kajian kecerdasan buatan ini kerana pengasasnya ialah peminat pasukan yang memenangi EPL musim lalu.

Liverpool mempunyai reputasi sebagai pasukan EPL terawal menggunakan analisa Money Ball untuk membeli pemain yang paling sesuai dengan pasukan mereka pada harga yang paling munasabah. Kini dengan kecerdasan buatan, mereka mempunyai kelebihan meramal pula apa yang boleh dilakukan untuk mengalahkan pasukan lawan bergantung kepada situasi yang sentiasa berubah di atas padang. Kertas kajian telah diterbitkan di dalam Journal of Artificial Intelligence Research

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami