Cari @ Amanz

Tahun ini kecerdasan buatan AlphaStar mengalahkan pemain profesional Starcraft II manusia dalam perlawanan satu lawan satu. Ia kemudian mencabar pemain manusia secara terbuka pada bulan Julai yang lalu. Deepmind, pihak yang membangunkan AlphaStar telah mengumumkan kecerdasan buatan ini telah mencapai tahap Grandmaster di dalam permainan Starcraft II.

Tahap Grandmaster diberikan kepada 200 pemain terbaik Starcraft II di dunia. AlphaStar mencapai tahap Grandmaster setelah menentang pemain manusia sejak beberapa bulan yang lalu. Ini turut bermakna AlphaStar lebih cekap dalam permainan Starcraft II berbanding 99.8%  manusia. Kecerdasan buatan kini lebih bijak dalam permainan video, mencari kanser pada imej MRI dan melakukan analisa insurans. Ini menyebabkan manusia semakin kehilangan kerja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd