Carian
Facebook Menguji Ciri Menyuruh Artikel Dibaca Dahulu Sebelum Dikongsi
May 11, 2021 Effi Saharudin

Tahun lalu Twitter memperkenalkan ciri menggesa pengguna membaca artikel terlebih dahulu sebelum melakukan ciapan semula (retweet) bagi menentang berita palsu sebelum pilihanraya presiden Amerika Syarikat. Menerusi ciri ini Twitter berharap penyebaran maklumat tidak tepat dapat dikekang dan ia terbukti berjaya.

Kini Facebook juga mengambil langkah yang sama dengan menguji ciri ini pada platform mereka. Sekiranya ia mengesan artikel berita akan dikongsi tanpa ia dibuka terlebih dahulu, sebuah skrin apa muncul dari bawah menggesa pengguna untuk membacanya terlebih dahulu. Dua pilihan diberikan iaitu membaca artikel seperti disarankan atau teruskan perkongsian.

Ciri ini sepatutnya diberikan lebih setahun lalu semasa kemuncak perkongsian pelbagai teori konspirasi illuminati, dajjal, pro-konspirsi dan anti-sains berkaitan wabak Covid-19. Facebook biasanya pantas meminjam ciri dari aplikasi lain sekiranya ia menarik pengguna (seperti Snapchat dan Clubhouse) tetapi perlahan dalam memperkenalkan ciri yang berguna seperti ini. Malahan ciri semakan artikel Covid-19 yang mereka perkenalkan sebelum ini tidak berapa berjaya mengekang penularan artikel anti-vaksin berbahasa Malaysia di platform mereka.

Komen