Carian
Imej Sebenar Samsung Galaxy F52 5G Tertiris Ke Arena Web
May 11, 2021 Amy Maizuraa

Baru-baru ini, sebuah peranti Samsung di bawah siri Galaxy F dilaporkan telah tersenarai di laman Google Play Console. Dikenali sebagai Samsung Galaxy F52 5G, ia dipercayai akan menggunakan cip Snapdragon 750 sebagai tunjang utamanya.

Dalam perkembangan terkini, rekaan Samsung Galaxy F52 5G diperlihatkan sepenuhnya menerusi beberapa imej sebenar tertiris di laman Weibo. Ia sedikit sebanyak memberi gambaran kepada pengguna mengenai penawaran yang bakal dibawa olehnya.

Samsung Galaxy F52 5G dilihat mempunyai panel hadapan dengan rekaan berlubang. Ia juga menyokong sokongan lensa swafoto tunggal yang diletakkan pada sudut kanan bersama-sama dengannya. Jelas kelihatan, rekaan panelnya di sini sama sekali tida sama seperti model Galaxy sedia ada.

Kemudian, Samsung Galaxy 52 5G juga membawakan sokongan sistem kuad-kamera yang disusun kemas dalam modul kamera berbentuk segi empat. Tidak ketinggalan, ia turut menyertakan sokongan bicu audio 3.5mm dan port sambungan USB-C yang diletakkan pada bahagian bawah peranti.

Samsung Galaxy F52 5G Di Laman Google Play Console

Menurut spekulasi awal, peranti pintar ini dipercayai hadir dengan skrin LCD berukuran 6.57-inci FHD+, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB, bateri 4,350mAh yang menyokong pengecasan 25W dan sistem operasi Android 11. Samsung Galaxy F52 5G dijangka akan diperkanalkan sekitar penghujung bulan ini. Sama-sama kita nantikan kemaskini selanjutnya berkaitan peranti pintar ini.

Komen