Ini Mungkin Rekaan MacBook Air Baharu Dengan Kekunci Dan Bezel Berwarna Putih

Diterbitkan pada Mei 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jon Prosser ialah peniris maklumat dengan ketepatan yang agak tinggi. Beliau sebelum ini mengatakan MacBook Air baharu akan ditawarkan dalam pelbagai warna seperti iMac M1. Dalam video yang diterbitkan hari ini, beliau berkongsi pula rekaan MacBook Air dengan imej pengolokan yang dihasilkan oleh RendersbyIan.

Menurut Prosser, imej pengolokan dihasilkan dari maklumat yang diterima beliau setakat ini. Tubuh dengan rekaan baji MacBook Air sejak generasi pertama tidak lagi digunakan. Sebaliknya sisi yang lebih rata mirip pada iPad Pro dan iPhone 12 akan digunakan pada model ini. Perubahan lebih drastik dilakukan pada papan kekunci yang kini berubah ke warna putih.

Tema warna putih turut digunapakai pada bezel yang menyeragamkan rekaannya dengan iMac M1. Ketepatan imej pengolokan ini masih boleh diragui kerana sekadar menunjukkan satu port USB-C. Seperti yang dikatakan oleh Ming-Chi Kuo, Apple akan mengembalikan semula sistem pengecasan MagSafe akan dikembalikan.

Bagi peminat Apple, sekiranya rekaan multi-warna ini dikembalikan ia mengimbau era iBook G3 yang dijual di antara tahun 1999 hingga 2001. Mungkin Apple merasakan sudah tiba masanya rekaan klasik yang lebih ceria dikembalikan semula bagi menarik minat golongan muda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami