DXOMark menjadi antara laman yang digunakan pengguna untuk melihat peranti manakah yang terbaik dari segi kemampuan kamera utama, swafoto, skrin dan audio. Mereka ini mengulas prestasi bateri peranti pula kerana ia kerap kali dilupakan.
Dengan pengenalan carta baharu ini, Samsung Galaxy M51 dinobatkan peranti berprestasi bateri terbaik dengan skor 88 markah. Ini diikuti oleh Wiko Power U30 (86), Oppo Find X3 Neo (81), Apple iPhone 12 Pro Max (78), dan Vivo Y20s (75).
Samsung Galaxy M51 menjadi peranti dengan prestasi terbaik tidak mengejutkan kerana ia dilengkapi bateri sebesar 7000 mAh. Peranti mercu dengan kedudukan tertinggi ialah iPhone 12 Pro Max (3687 mAh) dengan peranti mercu Android dengan skor terbaik pula ialah Xiaomi Mi 10T 5G (5000 mAh).