Untuk dua tahun berturut-turut sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh SOP kerana Malaysia masih belum berjaya menghapuskan wabak Covid-19 yang telah menjangkiti lebih 400,000 dan mengorbankan lebih 1600 individu di negara kita. Tradisi melawat sahabat handai, bersalaman dengan orang tua serta saudara mara memohon kemaafan terpaksa dihentikan bagi mengelakkan penularan wabak. Dunia Covid-19 benar-benar mencabar bukan sahaja fizikal, mental tetapi juga dompet.
Walaupun tradisi kebiasaan Aidilfitri perlu berubah mengikut norma baharu, satu tradisi yang ingin kami kekalkan di Amanz ialah menyenaraikan Telefon Terbaik Raya. Jadi untuk tahun 2021, kami membahagikan peranti kepada tujuh kategori iaitu.
- Telefon Terbaik Bawah RM1000
- Telefon Terbaik Bawah RM1500
- Telefon Terbaik Bawah RM2000
- Telefon Terbaik Bawah RM3000
- Telefon Gaming Terbaik
- Telefon Kamera Terbaik
- Telefon Flex Raya
Artikel peranti terbaik baik RM1000 dan bawah RM1500 telahpun diterbitkan. Jadi untuk bahagian kedua kami senaraikan pula peranti terbaik bawa RM2000 dan bawah RM3000 pula sebagai panduan anda.
Telefon Terbaik Bawah RM2000
Dengan budget RM2000 peranti dengan sokongan 5G sudah boleh dibeli di Malaysia. Sesuatu yang dianggap mustahil hanya setahun yang lalu. Pembelian peranti yang menyokong rangkaian 5G sekarang adalah berbaloi memandangkan ia dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini atau awal 2021. Berikut ialah senarai telefon terbaik pada harga bawah RM2000.
1.Oppo Reno5 5G – RM1699 (8/128GB)

Kita mulakan dengan Oppo Reno5 5G. Dilancarkan di Malaysia sekitar Januari yang lalu, penawaran pada Oppo Reno5 5G boleh dikategorikan agak menarik- terutama dengan keupayaan kuad kameranya. Sensor utama 64-Megapixel mampu merakam imej yang cantik. Bahkan, rakaman video juga boleh dilakukan dengan cukup baik. Jadi, sudah pasti anda boleh merakam pelbagai momen indah ketika musim perayaan ini tanpa sebarang kegusaran. Sokongan 5G disokong menerusi cip Snapdragon 765G dan turut hadir dengan pengecasan pantas 65W. Peranti baru sahaja diberikan potongan harga dan boleh dibeli pada harga RM1699 sebuah.
- Info
- Beli telefon pintar Oppo Reno5 5G dari Lazada
- Info
- Beli telefon pintar Oppo Reno5 5G dari Shopee
2.Samsung Galaxy A72 – RM1899 (8/256GB)

Seterusnya, Samsung Galaxy A72. Rasanya, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa ia merupakan peranti pintar yang cukup sifatnya. Bak kata orang putih, “Value for money”. Sebabnya, peranti pintar ini sarat dengan ciri menarik seperti skrin AMOLED 90Hz yang besar, pembesar suara stereo, sistem fotografi menarik dengan OIS pada kamera utama, kalis air IP67 dan bicu audio 3.5mm.
Bateri pula adalah sebesar 5000mAh dengan pengecas 25W disertakan dalam kotak dengan setiap pembelian. Sebagai tambahan, Samsung turut menjanjikan sokongan kemas kini sistem operasi selama 3 tahun dan sekuriti selama empat tahun selari dengan yang ditawarkan pada peranti mercu. Walaupun dijual pada harga kelas pertengahan RM1899, Galaxy A72 mempunyai pelbagai ciri seakan peranti mercu.
- Info
- Beli telefon pintar Samsung Galaxy A72 dari Lazada
- Info
- Beli telefon pintar Samsung Galaxy A72 dari Shopee
3.Vivo V21 – RM1599 (8/128GB)

Kemudian, Vivo V21 juga antara peranti pintar raya terbaik yang boleh dipertimbangkan. Peranti pintar ini sememangnya memiliki tarikan tersendiri dengan reka bentuk fizikal menarik, kemasan warnanya yang cantik dan tubuh yang nipis seperti perut anda selepas sebulan berpuasa.
Seperti V21e, V21 mempunyai sokongan OIS pada kamera utama di bahagian belakang dan kamera swafoto. Dengan OIS gambar yang lebih stabil dapat ditangkap dengan imej yang akan kelihatan lebih tajam. Sesuai sekali untuk sesi telesidang dengan keluarga di kampung dan perkongsian ke media sosial.
Cip MediaTek Dimensity 800U membawakan sokongan rangkaian 5G di masa hadapan dengan bateri 4,000mAh pula menyokong pengecasan 33W membuatkan peranti berharga RM1599 ini mudah kami sarankan untuk lebaran ini.
- Info
- Beli telefon pintar Vivo V21 dari Lazada
- Info
- Beli telefon pintar Vivo V21 dari Shopee
4.Huawei Nova 7 5G – RM1999 (8/256GB)

Akhir sekali, Huawei Nova 7 5G. Sebut sahaja peranti daripada jenama ini, pastinya persoalan yang akan bermain di fikiran anda adalah “berbaloikah membelinya” kerana tiada sokongan GMS. Berbaloi sekiranya anda memang ingin bebas dari ekosistem Google dan ingin kelainan. Berbaloi kerana cip Kirin 985 berteknologi 7nm membawakan sokongan 5G
Aplikasi masih boleh dimuat turun menerusi Huawei AppGallery atau Petal Search sekiranya tidak ditawarkan pada gedung utama. Peranti Huawei juga terkenal pengoptimasian yang baik walaupun selepas digunakan beberapa tahun. Fungsi kuad-kameranya yang menggunakan sensor utama 64-Megapixel dan kamera hadapan pula 32-Megapixel – dapat memberi kepuasan kepada mereka yang mencari peranti dengan kemampuan fotografi yang baik.
- Info
- Beli telefon pintar Huawei Nova 7 5G dari Lazada
Telefon Terbaik Bawah RM3000
Tahun ini kita melihat sesuatu yang kami rasakan unik kerana peranti mercu dengan cip Snapdragon 888 boleh dimiliki pada harga bawah RM3000. Ini adalah tidak dijangka kerana tahun lalu peranti mercu dengan Snapdragon 865 dijual pada harga yang tidak mampu milik kerana buat pertama kali menyokong rangkaian 5G. Berikut ialah peranti yang kami sarankan kepada anda.
1.Vivo X60 – RM2699 (12/256GB)

Sebab utama Vivo X60 dimasukkan ke dalam senarai ini adalah kerana penggunaan lensa Zeiss yang selama ini sinonim dengan peranti keluaran Nokia. Dalam ulasan kami tahun ini, kami memuji kemampuan kamera X60 yang bukan sekadar gimik lebih-lebih lagi pada rakaman video.
Dengan cip pemprosesan Snapdragon 870 dan memori 12GB RAM, prestasi yang tinggi dapat dinikmati dalam permua serta sokongan rangkaian 5G. Bateri dengan kapasiti 4,300mAh pula boleh dicaj pantas dengan kuasa 33W. Sistem operasi Funtouch OS 11 juga kini semakin hampir kelihatan seperti Android asli. Ini ialah keputusan yang baik kerana sebelum ini ia terlalu ingin cuba kelihatan seperti iOS.
- Info
- Beli telefon pintar Vivo X60 dari Lazada
- Info
- Beli telefon pintar Vivo X60 dari Shopee
2. OnePlus 8 – RM1999 (12/256GB)

OnePlus 8 kami sarankan kepada kerana ia baru mendapat penurunan harga dengan OnePlus 9 semakin hampir dilancarkan di Malaysia. Spesifikasinya cukup mantap skrin 120Hz, Snapdragon 865, memori 12GB dan storan 256GB. Dipadankan pula dengan OxygenOS yang terkenal dengan kepantasan dan ciri tambahan yang tidak disertakan pada Android asli.
Tri-kamera utama dilengkapi sistem dwi-OIS dan zum hibrid sehingga 3X. Manakala kamera depan dengan sensor 16MP mampu memberikan kualiti swafoto yang baik. Seperti kesemua peranti dalam kategori ini, rangkaian 5G boleh dinikmati apabila ia mula ditawarkan kelak.
- Info
- Beli telefon pintar OnePlus 8 dari Lazada
- Info
- Beli telefon pintar OnePlus 8 dari Shopee
3. Xiaomi Mi 11 – RM2799 (8/128GB)

Peranti terawal di dunia dengan cip Snapdragon 888 yang sehingga hari ini adalah cip paling berkuasa untuk peranti Android 2021. Secara lazimnya peranti dengan cip mercu akan ditawarkan pada harga yang meninggalkan lubang pada poket tetapi Mi 11 boleh dimiliki pada harga serendah RM2799.
Kemampuan kameranya juga menakjubkan kerana yang digunakan hadir dengan DSP yang cukup berkuasa. Dengan speaker stereo pula, audio yang mantap boleh dinikmati bersama dengan visual yang kurang hebatnya pada skrin yang menyokong HDR10+. Peranti juga kalis air IP68 (sesuatu yang jarang pada peranti Xiaomi) dengan pengecasan pantas 55W yang tidak kurang hebatnya.
- Info
- Beli telefon pintar Xiaomi Mi 11 dari Lazada
- Info
- Beli telefon pintar Xiaomi Mi 11 dari Shopee
4. Samsung Galaxy S20 FE 5G – RM2999 (8/128GB)

Samsung S20 FE 5G ialah peranti yang hanya menyertakan komponen perlu dalam peranti mercu Samsung. Skrin SAMOLED 120Hz FHD, cip Snapdragon 865 (bukan Exynos yang kurang digemari), kalis air IP68, sokongan 5G, kamera utama dengan OIS, dan hayat bateri yang baik dengan pengecasan pantas 25W.
Panel belakang polikarbonat di atas kertas dilihat sebagai idea yang kurang bijak tetapi ia cukup tahan lasak dan tidak memerangkap kotoran seperti panel kaca. Pengecasan nirwayar juga dikekalkan. FE ialah singkatan kepada Fan Edition tetapi pada S20 FE kami rasakan ia turut bermakna Functional & Economical.
- Info
- Beli telefon pintar Samsung Galaxy S20 FE 5G dari Lazada
- Info
- Beli telefon pintar Samsung Galaxy S20 FE 5G dari Shopee
5. Apple iPhone 11 – RM2899 (4/64GB)

Walaupun sudah berusia lebih setahun, iPhone 11 ialah peranti Apple yang paling sesuai untuk kami masukkan ke dalam kategori ini. Ia masih dilengkapi sistem Face ID yang pantas, cip Apple A13 yang masih cukup berkuasa untuk pelbagai permua, kemampuan kamera yang amat baik dan sokongan perisian rasmi selama lima tahun.
Tidak ada peranti Android dalam kategori ini diberikan sokongan perisian yang setanding. Jika anda mencari iPhone pertama untuk dimiliki sempena Aidilfitri, ini ialah saranan kami cuma anda perlu membeli pengecas secara berasingan kerana tidak disertakan dalam kotak.
- Info
- Beli telefon pintar Apple iPhone 11 dari Lazada
- Info
- Beli telefon pintar Apple iPhone 11 dari Shopee