Carian
Telefon Terbaik Hari Raya 2021 Amanz : Bawah RM1000 – RM1500
May 11, 2021 Effi Saharudin

Untuk dua tahun berturut-turut sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh SOP kerana Malaysia masih belum berjaya menghapuskan wabak Covid-19 yang telah menjangkiti lebih 400,000 dan mengorbankan lebih 1600 individu di negara kita. Tradisi melawat sahabat handai, bersalaman dengan orang tua serta saudara mara memohon kemaafan terpaksa dihentikan bagi mengelakkan penularan wabak. Dunia Covid-19 benar-benar mencabar bukan sahaja fizikal, mental tetapi juga dompet.

Walaupun tradisi kebiasaan Aidilfitri perlu berubah mengikut norma baharu, satu tradisi yang ingin kami kekalkan di Amanz ialah menyenaraikan Telefon Terbaik Raya. Jadi untuk tahun 2021, kami membahagikan peranti kepada tujuh kategori iaitu.

  1. Telefon Terbaik Bawah RM1000
  2. Telefon Terbaik Bawah RM1500
  3. Telefon Terbaik Bawah RM2000
  4. Telefon Terbaik Bawah RM3000
  5. Telefon Gaming Terbaik
  6. Telefon Kamera Mampu Milik Terbaik
  7. Telefon Flex Raya

Tanpa membuang masa dan data kuota peranti anda untuk membaca artikel ini, kita teruskan ke kategori pertama terlebih dahulu. Untuk melayakkan telefon masuk ke dalam kategori ini ia perlu menggunakan sistem operasi terkini, dipasarkan dalam tempoh 12 bulan yang lalu tetapi masih menawarkan pengalaman penggunaan yang baik.

Telefon Terbaik Bawah RM1000

Ekonomi tidak berapa baik sejak setahun lalu dengan ramai yang kehilangan mata pencarian atau terpaksa melakukan perubahan gaya hidup. Oleh itu kita mulakan dengan telefon-telefon pintar yang tidak akan menyebabkan akaun bank menjadi merah terlebih dahulu.

1.Redmi Note 10 Pro – RM999 (6/128GB)

Kenapa Redmi Note 10 Pro? Kerana jenama ini terkenal dengan telefon yang dijual pada harga mampu milik tetapi masih dilengkapi spesifikasi yang lebih baik berbanding peranti pesaing yang lebih tinggi harganya. Ia dilengkapi cip Snapdragon 732G yang cukup berkuasa untuk memberikan pengalaman permua yang tidak mengecewakan. Ini bermaksud anda boleh memainkan majoriti permua pada tetapan yang cukup tinggi.

Kemudian ia dipadankan pula dengan kamera utama bersensor gergasi 108MP yang menghasilkan gambar dengan kualiti yang menyerlah dan juga lensa ultra sudut lebar yang kini mula menjadi standard walaupun pada peranti kelas permulaan. Tak berakhir di situ ia turut dilengkapi skrin AMOLED 120Hz yang hanya setahun lalu hanya digunakan pada peranti kelas mercu yang dijual pada harga tiga kali ganda lebih tinggi. Dengan harga jualan RM999 untuk versi 6/128GB, Redmi Note 10 Pro memberikan nilai yang baik untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.

2.Poco X3 NFC- RM899 (6/64GB)

Seperti Redmi, Poco juga menawarkan peranti pada harga mampu milik. Tidak mengejutkan kerana mereka mengekalkan DNA dari syarikat induk mereka Xiaomi. Poco X3 NFC yang boleh dibeli pada harga RM899 juga dilengkapi cip Snapdragon 732G yang berkuasa, bateri bersaiz 5160 mAh yang besar, pengecasan pantas dan skrin 120HZ walaupun dari keluarga LCD sahaja. Rekaannya mungkin sedikit aneh dan tidak konvensional tetapi kami tahu untuk kategori rekaan bukanlah kepentingan kerana harga lebih menjadi penentu.

3.Redmi Note 10 – RM699 (4/64GB)

Sebuah lagi peranti Redmi yang kami rasakan terbaik ialah Redmi Note 10. Dengan penawaran harga yang lebih rendah berbanding Note 10 Pro, ia masih lagi berbaloi kerana dilengkapi cip Snapdragon 678, kamera utama 48MP dan bateri sebesar 5000 mAh dengan pengecasan pantas 33W. Note 10 Pro membuktikan peranti yang mampu milik tidak semestinya hadir dengan kompromi yang besar. Semua ini dapat dimiliki pada harga hanya RM699.

4.Vivo Y31 – RM999 (8/128GB)

Akhir sekali dalam kategori ini ialah Vivo Y31. Pada harga RM999 anda dapat menikmati peranti dengan skrin 6.58″, dijana cip Snapdragon 662, kamera utama 48MP dan bateri 5000 mAh. Peranti kami sarankan kerana mampu memberikan penggunaan sepanjang hari tanpa perlu risau ia perlu dicaj beberapa kali sehari. Jika amalan melawat sanak saudara masih dibenarkan, masalah perlu meminjam pengecas di rumah Makcik Kiah tidak akan berlaku.

Akhir sekali dalam kategori ini ialah Vivo Y31. Pada harga RM999 anda dapat menikmati peranti dengan skrin 6.58″, dijana cip Snapdragon 662, kamera utama 48MP dan bateri 5000 mAh. Peranti kami sarankan kerana mampu memberikan penggunaan sepanjang hari tanpa perlu risau ia perlu dicaj beberapa kali sehari. Jika amalan melawat sanak saudara masih dibenarkan, masalah perlu meminjam pengecas di rumah Makcik Kiah tidak akan berlaku.


Telefon Terbaik Bawah RM1500

Mungkin ada yang merasakan peranti bawah RM1000 adalah terlalu asas dan tidak hadir dengan ciri tambahan yang membuatkannya berbaloi untuk dimiliki. Oleh sebab itu kategori telefon terbaik bawah RM1500 turut kami wujudkan untuk anda. Dalam kategorikan ini terdapat beberapa peranti yang kami rasakan memberikan nilai yang terbaik untuk setiap ringgit yang akan dibelanjakan.

1.Poco F3 – RM1399 (6/128GB)

Poco F3 dilengkapi cip Snapdragon 870 yang merupakan penaiktarafan dari Snapdragon 865. Kemampuan seakan peranti mercu tahun 2020 boleh dinikmati pada sebuah telefon pintar yang dijual pada harga RM1399. Selain cip berkuasa, ia turut menyokong rangkaian 5G yang akan memulakan ditawarkan kepada umum pada penghujung tahun ini. Skrin kadar segera semula 120Hz, pengecasan pantas 33W, pemancar infar merah dan kemampuan kalis percikan IP53 turut disertakan dalam pakej yang dijual pada harga RM1399.

2.Vivo V21e – RM1299 (8/128GB)

Kekuatan Vivo V21e terletak pada kameranya yang hadir dengan sokongan OIS pada kamera belakang 48MP dan kamera swafoto 44MP. Dengan OIS, imej yang lebih tajam dan baik dapat diambil. Ini adalah amat penting sekali bagi mereka yang ingin mengambil gambar di pagi Aidilfitri untuk tatapan sanak saudara di kampung. Tidak banyak peranti dengan OIS pada kamera hadapan dan belakang di pasaran sekarang menjadikan V21e unik.

3.Realme 8 Pro – RM1299 (8/128GB)

Realme 8 Pro memberikan tumpuan kepada keperincian dan kemampuan kameranya kerana hadir dengan sensor 108MP. Sensor gergasi ini akan memastikan gambar yang tajam dapat diambil. Dengan cip Snapdragon 720G ia masih cukup mantap untuk digunakan untuk permua kelas pertengahan sementara bateri 4500 mAh menyokong pengecasan pantas 50W. Dengan setiap pembelian sebuah pengecas 65W diberikan tidak seperti yang dipopularkan oleh Apple. Tambahan lagi peranti ini juga hadir dengan bicu audio 3.5mm. Kesemua ini dapat dibeli pada harga RM1299 sahaja.

4.Xiaomi Mi 11 Lite – RM1199 (8/128GB)

Sekiranya anda mencari peranti dengan kemampuan permua yang menarik dalam kelas ini, Xiaomi Mi 11 Lite adalah antara yang kami sarankan. Cukup berkuasa Snapdragon 732G untuk menjalankan permua 3D seperti PUBG Mobile tanpa masalah. Kamera 64MP memberikan kemampuan kamera yang memuaskan sementara speaker stereo yang lantang membolehkan video ditonton dan muzik didengari dengan cukup baik sekali. Pemancar infra merah pula membolehkan ia dijadikan alat kawalan jauh. Bagi mereka yang mencari peranti bertubuh nipis dan ringan, Mi 11 Lite memenuhi keperluan anda kerana hanya setebal 6.8mm dan seberat 157 gram.

4 Samsung Galaxy A52 – RM1499 (8/256GB)

Dengan pengeluar semakin membuang ciri pada peranti atas pelbagai alasan seperti bateri lebih besar, kemunculan Samsung Galaxy A52 adalah amat menyegarkan. Ia sebuah peranti yang hadir dengan skrin SAMOLED 90Hz, kuad kamera utama, OIS, kemampuan kalis air IP67, speaker stereo, dan masih mengekalkan bicu audio 3.5mm. Ini meletakkan Galaxy A52 sebagai peranti paling lengkap sifatnya untuk kelas pertengahan dengan harga bawah RM1500.

Komen