Cari @ Amanz

Project Connected Home over IP (CHIP) diumumkan pada tahun 2019 bagi menyeragamkan pelbagai standard peranti berhubung (ioT) oleh pelbagai pengeluar. Connectivity Standards Alliance yang dahulunya dikenali sebagai Zigbee Alliance telah mengumumkan semula CHIP kepada Matter hari ini.

Menerusi Matter Amazon, Apple, Comcast, Google, SmartThings, dan Connectivity Standards Alliance bersetuju menyeragamkan peranti berhubung mereka menggunakan satu standard seragam. Dengan hanya melihat logo Matter, pengguna tidak perlu risau sama ada peranti yang dibeli boleh digunakan pada ekosistem yang dipilih. Ini adalah isu awal semasa peranti berhubung mula ditawarkan di pasaran.

Connectivity Standards Alliance terdiri daripada IKEA, Legrand, NXP Semiconductors, Resideo, Schneider Electric, Signify, Silicon Labs, Somfy dan Wulian. Secara keseluruhan sebanyak 180 syarikat bersetuju menggunakan protokol yang ditetapkan oleh Matter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd