YouTube Mengumumkan Dana RM413 Juta Bagi Menghasilkan Kandungan Untuk Shorts

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shorts ialah platform yang dilancarkan YouTube tahun lalu di India selepas TikTok diharamkan negara tersebut. Menerusi Shorts, YouTube ingin memberikan ciri seakan TikTok pada perkhidmatan mereka kerana ia adalah format yang amat popular sekarang.

YouTube kini mengumumkan dana $100 juta (~RM413 juta) untuk YouTube Shorts Fund kepada pencipta kandungan di antara tahun 2021 dan 2022. Pencipta kandungan yang mendapat tontonan yang tinggi akan menerima ganjaran kewangan menerusi dana ini. Dengan wujudnya ganjaran, YouTube berharap lebih banyak kandungan dapat dihasilkan pada platform ini.

Maklum balas mengenai Shorts juga sedang diambil bagi memperbaiki perkhidmatan sedia ada. Walaupun pada waktu ini akses kepada Shorts masih lagi terhad di India dan Amerika Syarikat sahaja, ia berjaya mencatatkan 6.5 bilion tontonan setiap hari.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami