Lenovo Turut Tidak Akan Menghadirkan Diri Ke MWC Di Barcelona

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MWC dijadualkan untuk dianjurkan di Barcelona melalui sesi bersemuka pada Jun 2021 ini. Namun, acara berkenaan masih dilihat tidak begitu selesa untuk dihadiri ramai – disebabkan oleh dunia masih terkesan dengan penularan Covid-19.

Selari dengannya, beberapa syarikat telah mengumumkan akan menarik diri daripada menghadiri acara berkenaan secara bersemuka, mahupun membuka jerayawara pada acara berkenaan.

Terbaru, Lenovo turut mengesahkan yang mana mereka tidak akan menghadiri acara MWC 2021 ini secara bersemuka. Perkongsian Lenovo ini hadir selari dengan perkongsian pihak Samsung pada awal hari ini.

Selain kedua-dua syarikat ini, antara syarikat lain yang turut telah menarik diri adalah Nokia, Sony dan juga Google.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami