Cari @ Amanz

Asus hari ini telah pun memperkenalkan dua telefon pintar baharu dibawah siri Asus Zenfone 8, iaitu Asus Zenfone 8 dan juga Asus Zenfone 8 Flip.

Kedua-duanya hadir dengan panel skrin pada kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 888, serta dijana ZenUI 8.

Bercakap lanjut mengenainya, pihak Asus Malaysia kini telah mengatakan kepada kami yang mana mereka menyasarkan untuk melancarkan siri Zenfone 8 seawal mungkin di Malaysia – berkemungkinan pada penghujung Mei 2021.

Buat masa ini, ia adalah sasaran awal pihak Asus Malaysia, dan terdapat kemungkinan untuk pelancaran berkenaan ditangguhkan.

Apa pun, sekiranya anda menantikan untuk membeli telefon terbaru berasaskan Snapdragon 888, mungkin boleh nantikan sehingga penghujung bulan ini dan melihat apakah kejutan yang disediakan oleh Asus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd