Carian
Tesla Berhenti Menerima Bayaran Dalam Bentuk Bitcoin Kerana Pembaziran Tenaga
May 13, 2021 Effi Saharudin

Tesla telah berhenti menerima pembayaran pembelian kenderaan dalam bentuk Bitcoin hari ini. Pengumuman dilakukan sendiri oleh pengasas syarikat Elon Musk dalam ciapan bentuk ciapan. Syarikat kereta elektrik terbesar dunia ini menghentikan sokongan Bitcoin kerana didapati ia meningkatkan penggunaan tenaga elektrik yang dijana menggunakan bahan api fosil.

Oleh sebab itu Tesla akan sedang mencari wang kripto alternatif yang menggunakan kurang dari 1% tenaga untuk setiap transaksi berbanding Bitcoin. Kesemua Bitcoin yang dibeli oleh Tesla tidak akan dijual dan mereka akan meneruskan sokongan mata wang kripto ini sebaik sahaja kegiatan melombong yang lebih lestari digunakan.

Semalam SpaceX telah mengumumkan mereka akan menerima Dogecoin. Penarikan sokongan Bitcoin ini telah lama dinantikan kerana sejak diumumkan Mac lagu ia menerima reaksi negatif memandangkan kegiatan melombong wang kripto amat membazirkan tenaga elektrik.

Komen