Cari @ Amanz

Dua telefon pintar Infinix Note 10 dan Note 10 Pro ddilancarkan serentak semalam. Kedua-dua peranti kelas pertengahan ni dilengkapi skrin gergasi 6.95″ LCD FHD+ yang menyokong kadar segar semula tinggi 90Hz.

Kita mulakan dahulu dengan Note 10 Pro yang merupakan model paling berspesifikasi tinggi dilancarkan. Ia dijana cip MediaTek Helio G95, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB UFS 2.2 dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Spesifikasi kamera pula ialah 64+8+2+2 MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Kamera menyokong rakaman ultra sudut lebar dan video pula pada resolusi sehingga 4K 30FPS. Ciri lain yang menarik ialah bicu audio 3.5 mm dan juga sokongan radio FM yang kini kian pupus. Sistem operasi yang digunakan adalah Android 11.

Seterusnya ialah Inifnix Note 10 yang dijana cip MediaTek Helio G85, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB UFS 2.2 dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W sahaja.

Spesifikasi kamera pula ialah 48+2+2 MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Tiada lensa ultra sudut lebar disertakan pada model ini dan rakaman video pula hanya sehingga resolusi 2K 30FPS. Ciri lain yang menarik ialah bicu audio 3.5 mm dan juga sokongan radio FM yang Sistem operasi yang digunakan adalah Android 11 sama seperti dua model lain dalam keluarga Note 10.

Harga jualan untuk Infinix Note 10 Pro ialah sekitar $260 manakala Infinix Note 10 pula dijual pada harga $200 sebuah bermula Jun hadapan. Dengan Infinix telah membuka kedai atas talian rasmi di Malaysia peranti ini mungkin akan ditawarkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd