Cari @ Amanz

Apple pada bulan April lepas telah memperkenalkan penjejak barangan mereka tersendiri, dinamakan sebagai AirTag.

Melaluinya, ia membolehkan pengguna memasangnya pada sebarang objek atau barangan – seperti beg tangan, kunci, dan sebagainya – seterusnya menjejak atau mencarinya dengan mudah menggunakan iPhone anda. Perkara ini dijayakan dengan menggunakan sokongan Bluetooth LE, selain sebuah speaker yang terbina pada AirTag utuk mengeluarkan bunyi.

Ketika dilancarkan pada bulan April lepas, Apple telah menyenaraikan ia pada harga RM149 sebuah di Malaysia. Namun, hari ini, ia dilihat Apple telah mengubah, dan menyenaraikan ia pada harga RM129.

Ia tidak diketahui lagi apakah sebab disebalik perubahan harga ini. Buat masa ini, AirTag masih belum boleh dipesan atau dibeli di Malaysia secara rasminya lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd