Cari @ Amanz

Poco kini telah menjadi salah satu jenama yang diminati ramai pengguna seluruh dunia, salah satu sebabnya adalah kerana penawaran spesifikasi yang baik, tetapi pada harga yang sangat kompetitif.

Terbaru, mereka dalam perancangan untuk memperkenalkan Poco M3 Pro 5G, dan telah berkongsi beberapa perancangan menarik berkaitan Poco bersama pihak Android Central.

Salah satunya adalah berkenaan dengan antaramuka pada telefon pintar Poco. Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, ia menggunakan variasi MIUI yang diubah-suai untuk Poco, dinamakan MIUI for POCO. Ia menyertakan beberapa ciri dan pengoptimasian tambahan berbanding dengan MIUI biasa.

Menariknya, pihak POCO turut mengatakan mereka ingin menambah-baik dan memperkenalkan ciri eksklusif pada tahun ini, melalui pengenalan antaramuka baharu dinamakan POCO UI. Ia akan masih berasaskan kepada kod MIUI, tetapi dengan sejumlah maklumbalas dan ciri yang diinginkan oleh komuniti.

POCO menyasarkan pengenalan ciri ini menjelang penghujung 2021 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd