Cari @ Amanz

Poco kini telah mengumumkan mereka akan melancarkan telefon pintar mereka yang seterusnya, POCO M3 Pro 5G secara rasminya pada 19 Mei 2021 kelak – iaitu pada minggu hadapan.

Telefon pintar ini sedia melepasi pengesahan Sirim di Malaysia – sekaligus mungkin akan melihat ia turut dilancarkan di Malaysia selepas pelancaran globalnya. Buat masa ini, mengikut spekulasi awal, peranti ini dijangka merupakan variasi Redmi Note 10 5G untuk pasaran global.

Untuk makluman, Xiaomi sedia mengumumkan peranti Redmi Note 10 5G akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Dan dengan pengenalan siri Poco ini, ia tidak diketahui apakah bentuk perbezaan yang bakal dibawakan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 19 Mei ini untuk melihat sendiri kejutan daripada Poco.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd