Cari @ Amanz

Selepas tiga minggu dilancarkan, akhirnya Apple iPad Pro baharu dengan cip Apple M1 akhirnya boleh dibeli oleh pengguna di Malaysia. Dua model ditawarkan iaitu dengan skrin 11″ dan 12.9″ dengan harga bermula dari RM3499 dan meningkat ke RM12,497 dengan pelbagai aksesori Apple Pencil dan Magic Keyboard disertakan sekali.

Tidak seperti iPad yang dilancarkan sebelum ini, iPad Pro baharu mempunyai kuasa memproses yang mampu bersaing dengan MacBook Pro dengan pilihan RAM sehingga 16GB. Selain itu pada model 12.9″, buat pertama kalinya skrin dengan teknologi mini-LED digunakan. Selain itu sokongan rangkaian 5G dan Apple Pencil juga diberikan bagi membolehkan ia dijadikan sebuah komputer kerja mudah alih yang cukup berkuasa.

Sekiranya dibeli hari ini, Apple iPad Pro baharu akan dihantar ke rumah pembeli dalam masa 5-8 hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd