Poco M3 Pro 5G Bakal Dilengkapi Skrin 90Hz Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Mei 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hanya berbaki beberapa hari lagi, pelancaran rasmi untuk Poco M3 Pro 5G bakal diadakan. Selepas berkongsi mengenai cip pemprosesnya, kini lebih banyak info berkaitan spesifikasi yang didedahkan oleh Poco.

Memetik beberapa hantaran terkini, Poco M3 Pro 5G turut akan dilengkapi sokongan paparan skrin berukuran 6.5-inci yang menyokong resolusi FHD+. Tidak habis disitu, skrin ini juga dipadankan dengan kadar segar semula tinggi mencecah 90Hz. Merujuk kepada penggunaan perkataan “DotDisplay” jelas menunjukkan bahawa peranti pintar ini bakal menggunakan panel hadapan berlubang.

Di samping itu, Poco M3 Pro 5G juga telah disahkan menyokong bateri sebesar 5000mAh. Dalam pada itu, ia turut menyokong pengecasan pantas 18W bersama-sama dengannya. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya termasuklah penawaran harga rasmi peranti ini kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami