Carian
(Ura-Ura) Leica Sedang Melihat Rakan Kerjasama Baharu – Termasuk Xiaomi Dan Honor
May 16, 2021 Aman

Leica merupakan salah satu jenama memfokuskan fotografi yang popular, dan kepakarannya telah diintegrasikan pada telefon pintar Huawei – sekaligus menyertakan penjenamaan Leica pada kamera telefon Huawei.

Apa pun, terbaru, hadir spekulasi mengatakan tahun ini mungkin tahun terakhir kerjasama Huawei dan Leica, dan Leica sedang mencari rakan kerjasama baharu.

Antara nama yang hadir adalah Honor, Xiaomi dan juga Sharp. Bagi ramai yang mengikuti perkembangan peranti, mungkin sedia maklum akan ketirisan baru-baru ini memperlihatkan penjenamaan Leica pada peranti Sharp.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat integrasi penjenamaan Leica pada telefon keluaran pengeluar lain? Atau adakah Huawei akan dapat berjaya mengekalkan kerjasama mereka?

Komen