Cari @ Amanz

Siri OnePlus 9 hadir dengan dua variasi, iaitu OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Kedua-dua peranti ini dilancarkan pada bulan Mac lalu dan merupakan antara peranti yang banyak kontroversi. Walaupun begitu, OnePlus masih cuba menarik perhatian peminat mereka dengan menawarkan sistem kamera dengan penentukuran Hasselblad.

Selain itu, kedua-dua peranti turut dijana cip Snapdragon 888 dan mempunyai sokongan pengecasan nirwayar, pengecasan pantas 65W, Pro ada IP68, skrin Fluid AMOLED 120Hz dan pelbagai lagi ciri dan fungsi menarik. Siri OnePlus 9 ini akan dilancarkan secara rasmi pada esok hari, iaitu 17 Mei. Tetapi baru-baru ini, laman web rasmi oneplus.com/my telah mendedahkan harga jualan peranti-peranti mercu baharu.

OnePlus 9 dilihat akan dijual pada harga RM3,699 dengan pilihan warna Arctic Sky, Astral Black, dan juga Winter Mist. Manakala, OnePlus 9 Pro akan dijual pada harga RM4,299 dengan pilihan warna Pine Green, Stellar Black atau Morning Mist. Variasi storan di laman web menyenaraikan pilihan 8/12 GB RAM dan 128/256 GB storan dalaman untuk kedua-dua peranti. Harga terpapar mungkin untuk model asas.

Jika dibandingkan dengan pesaing seperti Oppo Find X3 Pro, Xiaomi Mi 11, Mi 11 Ultra, Asus ROG Phone 5 – harga jualan kedua-dua OnePlus 9 agak mahal. Seperti biasa, set rasmi anda boleh beli melalui Lazada atau Shopee. Kita tunggu esok untuk lihat sama ada akan ada perubahan harga atau promosi lain. Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd