Apple Music Mengacah Kehadiran Sesuatu Yang Baharu – “Muzik Bakal Berubah Selama-Lamanya”
May 17, 2021
Apple
Aman
Apple Music hari ini telah mengemaskini halaman pada aplikasi mereka, sekaligus mengacah kehadiran sesuatu yang baru, yang “bakal mengubah muzik untuk selama-lamanya”.

Apple dilihat mengacah ciri baru ini, selari pelbagai desas-desus mengatakan Apple akan memperkenalkan ciri penstriman muzik pada audio berkualiti tinggi nirhilang.
Buat masa ini, antara perkhidmatan penstriman muzik yang sedia menyokong penstriman berkualiti tinggi adalah Tidal, disamping Spotify yang telah mengumumkan penawaran Spotify HiFi bakal hadir pada tahun ini.
Apple dijangka berkongsi lanjut mengenai ciri seawal hari Selasa atau Rabu ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.