Rasmi : Apple Music Dengan Ciri Penstriman Audio Nirhilang Akan Ditawarkan Bermula Jun 2021

Diterbitkan pada Mei 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hari ini, Apple akhirnya mengumumkan kemaskini kepada Apple Music yang boleh bersaing dengan Tidal, Spotify HiFi (masih belum dilancarkan), atau juga Deezer – iaitu sokongan penstriman audio nirhilang. Selain itu, majoriti muzik dalam pustaka Apple Music turut akan menyokong audio Spatial – yang mana pengguna AirPods Max dan AirPods Pro boleh menikmati muzik berkualiti tinggi dengan pengalaman lebih imersif.

Apa yang menarik di sini adalah, Apple tidak mengenakan sebarang caj tambahan kepada pelanggan sedia ada. Sebaliknya ditawarkan secara percuma, berbeza dengan Tidal yang mengenakan caj yang berbeza mengikut pelan. Sokongan audio Spatial ini pula adalah dengan kerjasama Dolby Atmos. Untuk menikmatinya, pengguna memerlukan aksesori audio dengan cip H1 atau W1 seperti Beats, Apple atau yang sedia terbina pada iPhone, iPad dan Mac. Melaluinya terdapat ribuan muzik sedia menyokong pengalaman pendengaran baharu ini.

Audio Spatial ini menyokong pelbagai genre muzik seperti hip-hop, latin, pop, klasik dan banyak lagi. Sokongan Dolby Atmos sudah pun ditetapkan secara lalai jika pengguna menggunakan aksesori Apple.

Untuk audio nirhilang pula, terdapat lebih 75 juta muzik disokong. Apple mengguakan codec tersendiri iaitu ALAC, Apple Lossless Audio Codec. Apple mendakwa yang pengguna kelak boleh menikmati muzik dengan kualiti yang sama dihasilkan daripada studio oleh para artis. Untuk menikamti kualiti audio ini pengguna perlu pergi ke tetapan > Music > Audio Quality dan pilih penstriman daripada data mudah alih ataupu WiFi. Kemudian Apple menawarkan pilihan muat turun daripada kualiti CD 16 bit/44.1 kHz, 24 bit/48 kHz, dan yang paling tinggi 24 bit/192 kHz.

Sokongan kedua-dua ciri baru ini akan bermula pada Jun kelak tanpa sebarang caj tambahan. Harga langganan Apple Music bermula daripada RM6.90 sebulan untuk pelajar, RM14.90 sebulan untuk pengguna biasa dan RM22.90 untuk pelan keluarga. Bagi yang ingin lebih jimat, anda boleh langgan pelan Apple One pada harga RM19.90 sebulan atau untuk keluarga RM33.90 dengan berkas langganan Apple TV+, Apple Arcade, berserta iCloud 50GB atau 200GB.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami