Carian
Ciri ECG Pada Apple Watch Akan Diaktifkan Di Malaysia Menerusi watchOS 7.5
May 18, 2021 Effi Saharudin

Setelah sekian lama menanti, ciri bacaan electrocardiogram (ECG) akhirnya akan boleh diaktifkan oleh pemilik Apple Watch di Malaysia. watchOS 7.5 beta 3 yang sedang menjalani ujian akhir telah menambah sokongan ECG untuk pengguna di Malaysia dan Peru.

Sejak sensor ECG diperkenalkan menerusi Apple Watch Series 4 tiga tahun lalu, ia adalah ciri yang paling lama dinantikan pengguna di Malaysia keran belum menerima piawaian kesihatan negara. Dengan ciri ini, Apple Watch boleh memberikan amaran serangan jantung sebelum ia berlaku.

Terdapat banyak kes dilaporkan dimana serangan jantung serius dikesan awal sekaligus menyelamatkan nyawa pemakai dan mengelakkan tragedi berlaku. Apple Watch berjaya mempopularkan penggunaan ECG pada jam pintar sehingga menjadi ikutan pengeluar lain. Selepas ECG, Apple Watch generasi seterusnya akan dilengkapi sensor membaca tahap gula dalam darah pula.

Komen