Penyamar Elon Musk Menyebabkan Pelabur Kripto Kerugian RM8 Juta Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Mei 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk ialah insan yang paling berkuasa dalam dunia wang kripto pada waktu ini. Selepas Tesla berhenti menerima bayaran dalam bentuk Bitcoin, nilainya jatuh mendadak. Dogecoin pula meningkat selepas ia menjadi mata wang kripto yang diterima untuk pergi ke bulan oleh SpaceX. Jadi tidak mengejutkan ramai menyamar sebagai beliau untuk tujuan menipu.

Menurut laporan FTC, pengguna di Amerika Syarikat kerugian $2 juta (~RM 8.25 juta) kerana menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai Elon Musk sejak enam bulan yang lalu. Secara keseluruhan pula, lebih 7000 pengguna di Amerika Syarikat telah menjadi mangsa penipuan kripto bernilai $80 juta (~RM330 juta).

Dogecoin

Antara taktik yang digunakan ialah menyamar sebagai selebriti yang meminta bayaran dalam mata wang kripto dengan janji manis menerima pulangan pelaburan yang lebih tinggi. Tetapi kemudiannya semua wang lesap kerana insan tersebut tidak lagi boleh dihubungi.

Ledakan nilai wang kripto sejak setahun lau menyebabkan laporan penipuannya meningkat 12 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Maka sekiranya anda juga ingin berjinak-jinak dengan pelaburan ini, berhati-hatilah supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami