Satu lagi informasi berkaitan peranti terkini Poco iaitu Poco M3 Pro 5G telah dikongsi. Kali ini, ia memperlihatkan rekaan fizikal peranti pintar ini menerusi satu hantaran yang dimuat-naik di Twitter, baru-baru ini.
Meskipun ia tidak diperlihatkan sepenuhnya, tetai jelas kelihatan ianya menunjukkan rekaan yang mirip dengan imej pengolokan tertiris sebelum ini. Panel belakang belakangnya hadir dengan modul kamera berbentuk segi empat bersama tri-kamera yang disusun secara menegak. Bukan itu sahaja, sokongan untuk LED Flash juga kini dilihat dalam bentuk memanjang.
Bersama-sama dengannya, turut terdapat penjenamaan Poco yang agak besar tetapi saiz font tidak begitu sarat. Melaluinya, ia nampaknya akan hadir dengan pilihan kemasan bewarna hitam. Tetapi sudah pasti ianya tidak terhad di situ kerana kita boleh menyasarkan beberapa lagi warna lain sebagai pilihan buat pengguna.
Poco M3 Pro 5G akan dilancarkan esok – iaitu 19 Mei 2021. Setakat ini, ia telah disahkan sebagai sebuah lagi peranti dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700. Di samping itu, ia turut dipadankan dengan skrin 90Hz dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.