Majikan Di Selangor Kini Boleh Membeli Vaksin Untuk Kakitangan

Diterbitkan pada Mei 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan Selangor telah membuka laman pendaftaran untuk majikan membeli vaksin untuk kegunaan kakitangan mereka. Menerusi inisiatif ini, Selangor ingin menyelesaikan masalah penularan wabak Covid-19 di tempat kerja yang semakin meningkat selepas perintah bekerja dari rumah tidak lagi diwajibkan.

Pendaftaran minat boleh dilakukan menerusi laman Selangkah Vax sejak semalam. Sungguhpun begitu tarikh bilakah program vaksinasi kerajaan Selangor ini akan dimulakan masih belum diketahui. Selepas majikan, Selangkah juga akan membuka pendaftaran untuk ahli keluarga dan pusat kesihatan.

Selangor mengumumkan akan memberi di antara 3 – 5 juta dos vaksin Covid-19 bagi membendung penularan wabak pada Januari lalu. Pembelian dilakukan kerana Selangor adalah negeri yang kerap mencatatkan kes jangkitan tertinggi sejak wabak dikesan tahun lalu.Pembelian juga perlu untuk keperluan industri negeri yang memerlukan ramai tenaga kerja asing. Vaksin kemudiannya perlu dibeli oleh pekerja asing sementara rakyat negeri Selangor akan menerimanya secara percuma.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami