Pembangun Sistem Root “Magisk” Kini Menyertai Pasukan Sekuriti Android

Diterbitkan pada Mei 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

John Wu adalah seorang pembangun untuk Android yang sedia dikenali ramai oleh para peminat kustomasi peranti. Ini kerana, beliau adalah pembangun di sebalik sistem Root “Magisk” yang mudah digunakan berbanding penggunaan SuperSu. PAda 2019, beliau telah menyertai Apple sebagai pelatih untuk jawatan yang dirahsiakan.

Terkini, beliau teruskan bakak pembangunan beliau kembali ke Android. Menurut ciapan beliau di Twittter – beliau telah menyertai pasukan Sekuriti Platform Android di Google. Sebagai pembangun yang berjaya melepasi pelbagai sekuriti daripada Google, tidak dinafikan beliau adalah calon yang sesuai. Menjadi persoalan, kalau tukang root yang memecahkan sekuriti Android sertai Android – apa akan terjadi kepada Magisk?

Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami