Hugo Barra Meninggalkan Facebook – Akan Menceburi Bidang Kesihatan Pula

Diterbitkan pada Mei 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi yang mengikuti perkembangan teknologi, anda pasti kenal siapakah Hugo Barra. Beliau adalah antara individu yang berjaya menaikkan nama Xiaomi dan menjayakan jenama ini lebih-lebih lagi untuk pasaran global. Tetapi sebelum beliau sertai Xiaomi, beliau bekerja dengan Google. Beliau juga adalah yang bertanggungjawab membawa masuk jenama Xiaomi ke dalam Malaysia.

Hugo Barra Xiaomi

Pada tahu 2017, beliau memaklumkan yang beliau akan meninggalkan Xiaomi dan kembali ke Silicon Valley. Beliau meneruskan bakat beliau di dalam Facebook Reality Labs bagi menjayakan produk realiti maya dan terimbuh seperti Oculus. Kini selepas empat tahun berkhidmat di syarikat milik Mark Zuckeberg – beliau menyatakan yang beliau akan meninggalkan Facebook. Menurut beliau, beliau ingin menceburi bidang kesihatan pula.

Hugo Barra

Dalam siaran Facebook tersebut, beliau mula mempunyai rasa minat terhadap bidang kesihatan dalam arena teknologi sejak pandemik Covid-19 bermula. Katanya, selepas 20 tahun berkecimpung dalam dunia teknologi beliau ingin mencuba sesuatu yang asing yang bukan kepakaran beliau. Secara tidak langsung, beliau ingin menyelesaikan masalah perkhidmatan penjagaan kesihatan yang dialami dunia melalui teknologi.

Mungkin penjejak kesihatan, atau peranti boleh pakai atau aplikasi? Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami