Kini Terdapat Lebih 3 Bilion Peranti Android Aktif Di Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google hari ini mengumumkan pengenalan sistem operasi generasi baharu untuk Android, iaitu Android 12. Menariknya, memulakan pengumuman berkenaan, Google mengumumkan kini terdapat lebih 3 bilion peranti Android aktif di seluruh dunia.

Ini sekaligus memperlihatkan pencapaian terbaru, dan menunjukkan terdapatnya jumlah pengguna yang ramai untuk platform Android.

Sebelum ini, pada Mei 2019 yang lepas, Google mengatakan mereka mempunyai sejumlah 2.5 bilion peranti aktif Android di seluruh dunia, dan kini dalam tempoh dua tahun, Google telah menambah 500 juta peranti lagi dibawah angka tersebut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami