Google Lens Kini Menyokong Penterjemahan Untuk Lebih 100 Bahasa

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di acara Google I/O 2021, Google memberitahu yang kini terdapat 3 bilion peranti Android aktif. Selain itu, Google turut menyatakan yang sejak pandemik – penggunaan Google Lens telah meningkat kepada 3 bilio pengguna bulanan. Ia memudahkan para pelajar yang belajar dari rumah menterjemah latihan bahasa Inggeris mereka kepada bahasa tempatan.

Untuk itu, Google hari ini memaklumkan yang sokongan Google Lens dikembangkan lagi kepada lebih 100 bahasa tambahan. Secara tidak langsung memudahkan pengguna di seluruh dunia menterjemah latihan mereka atau juga memudahkan kerja-kerja penterjemahan lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami