Google Photos Sudah Menyimpan 4 Trilion Gambar Dan Video
May 19, 2021
Google
Effi Saharudin
Berapa banyak gambar dan video yang disimpan di storan awanan Google Photos? Ini ialah soalan yang telah lama kami mencari jawapannya kerana jumlah tepat tidak dikongsi. Tetapi di Google I/O ia akhirnya terjawab dan jawapannya ialah pada waktu ini terdapat lebih 4 trilion gambar dan video yang disimpan.
Ini bersamaan dengan setiap manusia di muka bumi menyimpan 521 gambar dan video di Google Photos. Dengan jumlah data yang banyak ini, tidak mengejutkan mengapa Google Photos tidak lagi akan menawarkan storan secara percuma selepas kuota dipenuhi bermula 1 Jun hadapan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.