Jam Tangan Pintar Samsung Akan Menerima Kemaskini Tizen Selama Tiga Tahun Lagi

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengumuman mengejutkan pagi tadi ialah Google dan Samsung bekerjasama untuk menyatukan Wear OS dan Tizen. Dengan ini satu ekosistem sahaja akan dibangunkan dua gergasi teknologi ini untuk penggunaan pada jam tangan pintar keluaran mereka. Ini adalah berita baik bagi mereka yang ingin menggunakan Wear OS tetapi apakah yang terjadi kepada peranti Tizen di pasaran sekarang?

Google Samsung

Samsung telah mengesahkan mereka akan terus memberikan sokongan kemas kini Tizen kepada jam tangan pintar mereka untuk sekurang-kurangnya selama tiga tahun. Ini bermakna jam tangan yang dilancarkan tahun 2020 akan disokong sehingga sekurang-kurangnya sehingga 2023.

Ini adalah sokongan yang lebih pendek berbanding yang diberikan oleh Samsung sebelum ini. Sebagai contoh Gear S3 yang sudah berusia lima tahun masih diberikan kemas kini tahun ini. Bagi pemilik jam tangan pintar Samsung dengan Tizen, mungkin tiba masanya untuk memikirkan peranti pengganti selepas tiga tahun.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami