(Ura-Ura) Nokia C20 Plus Dan C30 Dijangka Hadir Dengan Bateri Besar, Dwi Kamera Utama

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Imbas kembali, Nokia baru sahaja hadir dengan beberapa model terkini di bawah siri C sekitar bulan April lalu. Melaluinya, Nokia C10 dan C20 telah diperkenalkan dan kedua-duanya merupakan peranti asas dengan janaa cip Unisoc bersama Android 11 Go.

Nokia C10

Dalam perkembangan terkini, terdapat dua lagi model Nokia baharu di bawah siri yang sama telah ditemui – mungkin dikenali sebagai Nokia C20 Plus dan Nokia C30. Melaluinya, ia mempelihatkan rekaan fizikal dan kapasiti bateri yang bakal disertakan pada peranti-peranti berkenaan dalam imej lakaran tertiris. Melaluinya, jelas kelihatan kedua-duanya mempunyai reka bentuk yang mirip dengan Nokia C10 dan C20 yangsedia ada. Tetapi, masih terdapat beberapa perubahan kecil yang dibuat oleh Nokia untuk meletakkannya dalam kelas yang tersendiri.

Panel belakang memperlihatkan sokongan dwi-kamera utama yang diletakkan pada modul kamera berbentuk bulat. Tetapi, Nokia C30 memperlihatkan perbezaan ketara dengan sokongan pengimbas cap jari fizikal yang turut disertakan pada bahagian berkenaan. Satu lagi perbezaan ketara antara kedua-dua peranti ini juga adalah sokongan bateri. Di mana, Nokia C20 Plus akan dibekalkan bateri 5000mAh. Manakala, Nokia C30 pula mempunyai bateri 6000mAh.

Buat masa ini, itu sahaja yang diketahui mengenai peranti dan ianya dijangka diperkenalkan dengan harga mampu milik. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kemaskini lebih lanjut berkaitan perkara ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami