Carian
Ciri Kustomasi Tema Warna Android 12 Adalah Eksklusif Untuk Peranti Pixel Sahaja
May 19, 2021 Effi Saharudin

Awal pagi tadi antaramuka Android 12 telah dipertontonkan secara rasmi ketika acara Google I/O. Perubahan mendadak antaramuka telah dilakukan dengan rekaan yang diberi nama Material You. Ia adalah perubahan paling besar dilakukan sejak Material Design diperkenalkan pada tahun 2014.

Ciri yang paling menarik ialah kustomasi tema warna secara automatik berdasarkan imej latar belakang yang dipilih pengguna. Kesemua warna elemen antaramuka akan berubah supaya lebih serasi dengan imej tersebut. Bagi mereka yang teruja dengan ciri ini, sedikit mengecewakan ialah pada waktu ini ialah adalah eksklusif untuk peranti Pixel sahaja.

Menerusi perbincangan secara atas talian dengan pihak media sebentar tadi, Sebastien Bauer yang merupakan pengurus kanan produk Android dan Pixel turut mengatakan ciri ini disokong pada peranti Pixel 3 dan ke atas sahaja. Sungguhpun ciri tema warna ini eksklusif untuk Pixel, ciri lain seperti antaramuka, widget, dan animasi Android 12 akan diterima peranti Android yang lain sekiranya ingin digunakan oleh pengeluar.

Komen