Microsoft mengesakan pembangunan sistem operasi Windows 10X telahpun dihentikan. Pada asalnya ia akan dilancarkan pada tahun ini sebagai pesaing kepada Chrome OS dengan ciri yang lebih ringan dan mesra penggunaan pada peranti dwi-skrin.
Walaupun Windows 10X telah dibatalkan, pelbagai ciri yang telah dibangunkan akan diberikan kepada Windows 10 biasa. Ini adalah seperti sokongan menaip menggunakan suara, bekas untuk aplikasi, papan kekunci maya yang lebih mesra sentuhan, tema warna dan juga animasi.
Dengan ini kesemua ciri-ciri menarik yang sebelum ini akan hanya dinikmati pada peranti Windows 10X akan dapay dinikmati oleh lebih banyak pengguna. Windows 10 pada waktu ini telah digunakan lebih 2 bilion peranti di seluruh dunia.
Microsoft akan menyelidik lebih banyak teknologi yang pada asalnya adalah untuk Windows 10X sekiranya dilihat akan memberikan kebaikan kepada pengguna. Dengan pembatalan Windows 10X, nasib Surface Duo mungkin semakin jelas juga dibatalkan kerana sebelum ini sekadar dikatakan hanya ditangguh pelancarannya.