Kadar Melombong Kriptowang NVIDIA GeForce RTX 3080, 3070 Dan 3060 Ti Dikurangkan

Diterbitkan pada Mei 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Walaupun kad NVIDIA GeForce RTX 3080, 3070 dan 3060 Ti sudah dilancarkan lebih enam bulan yang lalu, masih sukar untuk membelinya kerana stok sedia ada diborong pelombong kriptowang. Demam kripto meningkat semula penghujung tahun lalu sehingga nilai Bitcoin mencecah RM250,000 sebelum kini turut semula.

Bagi memastikan kad grafik mereka dapat digunakan oleh pelanggan yang ingin menggunakannya untuk permainan video, NVIDIA mengesahkan kad GeForce RTX 3080, 3070 dan 3060 Ti telah dikurangkan kadar melombong kriptowang (hash rate) Ethereum mereka. Kad baharu ini akan mempunyai label Lite Hash Rate dan LHR pada kotak supaya pelombong tidak membelinya.

Had melombong ini hanya akan dikenakan pada kad-kad baharu sahaja dan tidak pada kad yang dikeluarkan sebelum ini. Kepada pelombong, NVIDIA mengesyorkan mereka membeli kad khas yang telah dihasilkan khusus untuk tujuan ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami