Poco M3 Pro 5G akhirnya dilancarkan secara rasmi dalam sebuah acara yang diadakan secara global, sebentar tadi. Jika diteliti dengan baik, ia mempunyai banyak persamaan dengan dengan Redmi Note 10 5G versi global yang diumumkan tempoh hari.
Melaluinya, Poco M3 Pro 5G dilengkapi skrin berukuran 6.5-inci FHD+ DotDisplay dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, ia turut menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 700, GPU Mali G-57, memori sehingga 6GB RAM, storan dalaman sehingga 128 GB UFS 2.2 dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Namun begitu, Poco menyediakan pengecas 22.5W di dalam kotak.
Melengkapinya juga adalah sistem tri-kamera dengan sensor utama 48-Megapixel. Bersama-sama dengannya, terdapat juga lensa makro dan kedalaman yang tidak dikongsi mengenai saiz megapixel padanya. Seterusnya, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, antaramuka MIUI 12 berasaskan Android 11, bicu audio 3.5mm, NFC dan lain-lain.
Untuk harga, Poco M3 Pro 5G ditawarkan bermula €159 (~RM803) untuk model 4/64GB. Sementara itu, varian 6GB/128GB pula berharga €179 (~RM905). Terdapat tiga pilihan warna tersedia – termasuklah Power Black, Cool blue dan Poco Yellow. Buat masa ini, masih tiada sebarang butiran lanjut mengenai penawaran harga peranti untuk pasaran tempatan.