Pelayar Web Internet Explorer 11 Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada 15 Jun 2022

Diterbitkan pada Mei 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun lepas, Microsoft telah mengumumkan bahawa Microsoft Edge akan menggantikan Internet Explorer 11 sebagai pelayar web terbina sulung didalam sistem operasi Windows 10 versi terbaru.

Kemaskini Windows 10 terkini sudahpun menetapkan Microsoft Edge sebagai pelayar web utama, dan walaupun ia hadir dengan mod keserasian (compatibility mode) untuk membolehkan pengguna mengakses ciri-ciri web lama, khususnya daripada perkhidmatan atas-talian kerajaan dan sebagainya yang masih menggunakan sistem lama.

Walaupun begitu, Microsoft masih lagi mengekalkan perisian Internet Explorer 11 sekiranya terdapat sistem yang masih tidak boleh diakses secara betul melalui mod keserasian tersebut. Akan tetapi, Microsoft nampaknya akan membuang terus perisian tersebut daripada Windows 10.

Melalui sebuah artikel di WIndows Blog, Microsoft mengesahkan bahawa pada 15 Jun 2022 kelak, Microsoft akan terus membuang Internet Explorer 11 daripada sistem operasi itu melalui sebuah kemaskini sistem operasi tersebut, yang memang biasanya akan tiba beberapa kali dalam setahun.

Menurut blog tersebut, diantara sebab mereka akan akhirnya membuang pelayar web tersebut dari sistem operasi adalah kerana sokongan mod keserasian yang dikatakan sebelum ini, penggunaan Microsoft Edge sebagai pelayar web asas sistem operasi Windows 10 dan juga untuk mengurangkan kerentanan keselamatan akibat penggunaan pelayar web Internet Explorer 11 yang tidak lagi menerima kemaskini keselamatan.

Microsoft menyarankan mereka yang masih lagi menggunakan Internet Explorer untuk beralih kepada Microsoft Edge untuk memastikan pengalaman melayar web yang terbaik dan juga supaya maklumat peribadi mereka tidak digodam dan tertiris ke arena web.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami