Siri Redmi Note 10 turut diberi fokus pada tahun ini dengan pelbagai variasi dan model peranti dalam siri ini dilancarkan. Selepas Redmi Note 10 dan Note 10 Pro dilancarkan di Malaysia dan menerima sambutan yang baik, Xiaomi Malaysia kini membawa masuk Redmi Note 105G dan juga Redmi Note 10S ke pasaran tempatan.
Redmi Note 10 5G

Sama seperti Poco M3 Pro yang dilancarkan semalam, Redmi Note 10 5G adalah untuk mereka yang inginkan logo Redmi berbanding Poco. Skrin adalah 6.5-inci LCD dengan sokongan AdaptiveSync 90Hz, dijana MediaTek Dimensity 700 dan dipadankan dengan memori 8GB RAM serta storan dalaman UFS 2.2. Kamera belakang adalah 48+2+2 Megapixel dan kamera swafoto pula adalah 8 Megapixel.

Bahan binaan plastik, kemasan kusam, kelihatan premium agar ada gaya, serta pengimbas cap jari di sisi. Rekaan dikatakan adalah nipis sehingga kekisi pembesar suara juga perlu menjadi lebih nipis. Cip ini menggunakan CPU Cortex A76 dan GPU Mali G57 yang didakwa setaraf dengan Snapdragon siri-8 lama. Skor AnTuTu mencapai lebih 300K serta bateri pula adalah sebesar 5000mAh bersama dengan pengecasan 18W.

Peranti ini adalah untuk memastikan pengguna di Malaysia boleh memiliki peranti 5G pada harga bawah RM1000. Ia juga adalah peranti yang tidak memfokuskan kepada kamera, tetapi permua pada harga bajet.
Harga jualan rasmi adalah RM799 dengan pilihan warna Chrome Silver, Graphite Gray, Nighttime Blue atau Aurora Green. Untuk yang terawal, pembeli akan menerima baju khas jika dibeli di kedai fizikal, Mi True Wireless Earbuds Basic 2 dan jaminan perlindungan skrin 6-bulan. Jualan akan bermula pada 28 Mei melalui kedai fizikal rasmi, Shopee ata Lazada.