Mod Kalibrasi Apple TV 4K Menggunakan iPhone Boleh Menjejaskan Kualiti Gambar

Diterbitkan pada Mei 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple TV 4K memperkenalkan mod kalibrasi skrin menggunakan iPhone bagi mendapatkan tetapan warna yang paling tepat pada televisyen. Tetapi menurut ujian yang dilakukan oleh HDTVTest, ia turut boleh menyebabkan kualiti gambar yang terpapar pada skrin menjadi semakin teruk.

Dalam ujian yang dilakukan pada televisyen pintar mercu keluaran Samsung dan LG serta monitor profesional Sony dengan mod visual Cinematic serta Mastermode diaktifkan, kalibrasi warna menggunakan iPhone mengakibatkan warna pada skrin menjadi sedikit biru. Sekiranya mod sinematik ini dimatikan pula, sistem kalibrasi berjaya memberikan ketepatan warna yang lebih baik dari tetapan lalai tetapi menyebabkan berlaku pula isu color-banding pada skrin.

Oleh itu mod kalibrasi menggunakan iPhone ini adalah berguna untuk tetapan warna yang pantas pada televisyen di rumah tetapi belum cukup sempurna untuk menggantikan proses kalibrasi yang dilakukan oleh golongan profesional. Bagi mereka yang tidak mementingkan sangat ketepatan warna ketika menggunakan Apple TV 4K, kekurangan mod kalibrasi ini mungkin tidak berapa disedari.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami