Carian
Realme Buds Wireless 2 Dan Buds Wireless 2 Neo Kini Di Malaysia – Harga Serendah RM49
May 20, 2021 Amy Maizuraa

Seiring pengenalan Realme Watch 2 Pro, jenama ini turut memperluaskan rangkaian aksesori audio dengan penambahan dua lagi model baharu. Melaluinya, Realme Buds Wireless 2 dan Realme Buds Wireless 2 Neo telah diperkenalkan dengan rekaan gelung leher bersama fon jenis dalam telinga.

Bagi yang berminat, Realme Buds Wireless 2 ditawarkan pada RM199 namun anda masih boleh dibeli pada harga promosi serendah RM129. Sementara itu, Realme Buds Wireless 2 Neo pula berharga RM99 , di samping turut dijual pada harga promosi serendah RM49. Namun begitu, kesemua harga promosi adalah tawaran masa terhad ketika jualan pertama pada 6 jun 2021 akan datang.

Untuk spesifikasi, Realme Buds Wireless 2 dilengkapi pemandu audio sebesar 13.6mm bersama cip R2 khusus Realme yang mampu mengurangkan hingar sehingga 25dB. Turut kelihatan, terdapatnya sejumlah butang untuk kawalan pelbagai bersama-sama dengannya.

Seterusnya, ia turut hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik lain seperti tambatan pantas menerusi bluetooth 5.0, pelindungan IPX5, mod permainan latensi 88ms, ketahanan bateri sehingga 22 jam, CODEC LDAC untuk kualiti bunyi yang baik dan lain-lain. Menariknya di sini, ia juga merupakan fon telinga yang menggunakan teknologi pengecasan pantas Dart Charger seperti yang terdapat pada peranti pintar mereka.

Sementara itu, Realme Buds Wireless 2 Neo pula dilengkapi pemandu audio sebesar 11.2mm bersama kawalan magnetik yang membolehkan kedua-dua fon telinga bersambung apabila ditanggalkan. Seterusnya, ia turut hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik lain seperti pembatalan hingar elektronik (ENC), tambatan pantas menerusi bluetooth 5.0, pelindungan IPX4, mod permainan latensi 88ms, ketahanan bateri sehingga 17 jam dan lain-lain.

Komen