Cari @ Amanz

Bagi golongan yang tidak ingin menunggu, Android 12 Beta boleh dimuat turun sekarang pada beberapa peranti Asus, Google Pixel, OnePlus, Oppo, Realme, Sharp, Tecno, TCL, VIVO, Xiaomi dan ZTE. Tetapi malang bagi pengguna OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro, penggunaan perisian beta ini menyebabkan berlakunya masalah but berulang.

Akibatnya peranti yang agak baharu dilancarkan ini langsung tidak boleh digunakan oleh pemilik. Akibatnya OnePlus telah menarik kemampuan memuat turun Android 12 Beta pada peranti mereka. Berita baik juga OnePlus telah mengeluarkan tutorial bagaimana untuk memulihkan peranti dari masalah but berulang serta dalam proses menawarkan semula Android 12 Beta dengan versi yang tidak mendatangkan masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd