Twitter Membuka Semula Proses Pengesahan Akaun Verified

Diterbitkan pada Mei 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Proses pengesahaan akaun verified Twitter dibuka semula malam tadi selepas ditutup empat tahun yang lalu. Kali ini proses memohon akaun menerima pengesahan rasmi dan lencana biru menjadi lebih mudah kerana boleh dilakukan terus dari dalam aplikasi tanpa perlu ke laman seperti sistem terdahulu.

Untuk menerima pengesahan, pemilik akaun perlu memenuhi beberapa kriteria seperti media, selebriti hiburan, selebriti sukan, wartawan, ahli politik, aktivis dan syarikat ataupun jenama. Beberapa proses pengesahan identiti akan diminta oleh pihak Twitter semasa proses permohonan dilakukan seperti kad pengenalan negara atau emel rasmi dari majikan. Selepas permohonan dilakukan, Twitter akan mengambil masa sehingga tujuh hari untuk diterima pengesahan ataupun ditolak.

Pengesahan akaun verified adalah penting bagi sesetengah individu bagi mengelakkan pencurian identiti. Bagi mereka yang ingin melakukan pengesahan akaun hari ini pergi ke Settings and Privacy >> Account >> Verification Request.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami