Cari @ Amanz

Nampaknya bukan satu tetapi dua model telefon pintar baharu yang bakal tiba di Malaysia pada 27 Mei ini. Pada awalnya, kita ada Realme 8 5G. Seterusnya, kini Vivo dilihat turut mempunyai perancangan yang sama pada tarikh berkenaan.

Melaluinya, Vivo V21 bersama sokongan rangkaian 5G pula bakal ditawarkan buat pengguna. Perkara ini turut telah disahkan menerusi beberapa hantaran di laman Facebook mereka dan ianya bakal diadakan secara atas talian bermula jam 9 malam. Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai spesifikasi pada peranti yang didedahkan. Namun begitu, sekiranya merujuk kepada penawaran yang diterima beberapa pasaran luar. Ia menampilkan rekaan fizikal dan spesifikasi yang menyerupai versi sedia ada.

Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan kemunculannya secara rasmi pada 27 Mei ini. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya. Sekadar selingan, siri Vivo V21 telah ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1299 untuk Vivo V21e. Sementara itu, Vivo V21 4G pula boleh didapati pada harga RM1599.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd