Xiaomi Mengesahkan Kehadiran Redmi Note 8 2021 Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdahulu, timbul desas-desus tersebar di arena web mengenai Xiaomi mungkin bakal melancarkan semula Redmi Note 8 untuk tahun 2021. Perkhabaran tersebut sempat menimbulkan tanda tanya dan spekulasi pelbagai pihak yang menunggu mengenai kesahihannya.

Menjawab persoalan itu, Xiaomi memetik hantaran terkini di Twitternya mengatakan model berkenaan bakal tiba tidak lama lagi. Menurut Xiaomi, Redmi Note 8 telah terjual lebih daripada 25,000,000 unit secara global. Bagi meraikan kejayaan ini, mereka berkongsi untuk hadir dengan Redmi Note 8 2021 tidak lama lagi.

Redmi Note 8

Buat masa ini, Xiaomi masih belum mendedahkan sebarang info lanjut berkaitan peranti pintar ini termasuklah dari segi rekaan mahupun spesifikasi padanya. Namun begitu, spekulasi awal mendakwa ia dijangka hadir dengan janaan cip MediaTek Helio G85, antaramuka MIUI 12.5, bateri 4000mAh, sensor utama 48-Megapixel, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kemaskini selanjutnya berkaitan perkara ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami