Selepas ditangguh bukan Februari lalu, MWC Barcelona dijadualkan semula untuk berlangsung pada Jun ini. Kini menurut laporan Techradar Pro, penganjurnya GSMA sekali lagi menegaskan MWC Barcelona akan berlangsung seperti dijadualkan bulan hadapan.
Sebanyak 30,000-40,000 dijangkan menghadiri acara yang berlangsung selama tiga hari. Kerana risiko wabak, pelbagai syarat dikenakan kepada pengunjung seperti menunjukkan ujian negatif Covid-19 setiap 72 jam, tidak menujukan sebarang simptom sebelum dibenarkan masuk ke ruang pameran dan mewajibkan pemakaian pelitup muka.
Acara tahun ini tidak semeriah edisi pra-wabak kerana banyak pengeluar seperti Lenovo, Samsung, Nokia, Sony dan Google telahpun mengesahkan tidak akan menghadirinya. Kerana wabak pada tahun 2021, GSMA terpaksa mengecilkan jumlah kakitangan akibat kerugian yang ditanggung selepas MWC Barcelona 2020 dibatalkan.