Cari @ Amanz

Sebelum ini kami melaporkan sekumpulan kakitangan Google berbangsa Yahudi menggesa syarikat untuk memberikan sokongan kepada perjuangan Palestin dan memastikan kebebasan bersuara anti-Zionis. Kini menurut The Verge, perkara yang sama berlaku di Apple.

Hampir 1000 kakitangan menurunkan tanda tangan dalam sebuah surat terbuka yang dikeluarkan Apple Muslim Association kepada Tim Cook menggesa Apple untuk memberikan sokongan kepada Palestin. Syarikat perlu mengakui bahawa jutaan rakyat Palestin terseksa di bawah cengkaman pencerobohan haram Israel.

Palestin

Pada waktu ini menurut Apple Muslim Associatioan, perbincangan mengenai isu kekejaman di Palestin didominasikan pijak pro-Zionis. Kakitangan beragama Islam serta sekutu tidak berjaya untuk menumpukan perbincangan kepada kesengsaraan yang dialami warga Palestin. Tambah surat ini lagi, sebagai salah satu syarikat terbesar dan paling berjaya di dunia, kenyataan dan tindakan Apple mempunyai kuasa untuk mengubah persepsi.

Tidak dapat dinafikan Apple ialah syarikat yang kerap menyentuh isu hak asasi seperti AIDS, BLM, LGBTQ+ dan perkauman sehingga mendapat perhatian dunia. Sokongan turut diberikan dalam bentuk derma kepada yayasan di bawah Project RED dan produk edisi khas yang menyokong layanan saksama kepada golongan LGBTQ+. Pada waktu Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai surat terbuka ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd