WhatsApp Mula Menguji Ciri Memindahkan Chat Ke Nombor Telefon Baharu

Diterbitkan pada Mei 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selama ini WhatsApp hanya membenarkan pemindahan data perbualan menggunakan nombor telefon yang sama.Sokongan ke nombor telefon baharu pula hanya boleh dilakukan jika ia dilakukan pada telefon pintar yang sama. WABetaInfo hari ini menunjukkan WhatsApp sedang menguji ciri yang membenarkan data perbualan ke nombor telefon baharu pada telefon berbeza.

Ini juga adalah sebahagian usaha untuk memudahkan pemindahan data perbualan dari Android ke iOS atau iOS ke Android yang telah kami laporkan awal bulan April lalu. Ia antara ciri yang paling lama diminta pengguna WhatsApp kerana tiada lagi halangan sistem operasi yang menghalang sandaran dikembalikan secara rentas sistem operasi.

Ciri pemindahan data perbualan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja semasa aplikasi digunakan pada telefon pintar baharu. Sekiranya dilangkau, data lama akan hilang. Selain data perbualan, media yang tersimpan juga boleh dipindahkan sekali. Pada waktu ini ujian masih diteruskan tanpa tarikh bilakah ia akan diberikan kepada umum.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami